Adakah anda bukan web designer? Tetapi anda mahukan website yang wow untuk bisnes anda? Nak upah mereka tapi tak ada modal yang besar? Bermacam persoalan yang muncul apabila anda mula bercadang untuk buat website untuk bisnes anda.
Jika anda mahu buat website sendiri semestinya memerlukan sedikit kemahiran dalam bidang design dan juga pengaturcaraan. Anda sebenarnya boleh lakukan sendiri tetapi anda haruslah mendapat sedikit pendedahan tentang ilmu di dalam bidang ini. Pastinya anda akan dapat lakukan walaupun hasilnya tidak secantik atau sepadu jika mengupah web designer.
Kami iaitu TukangWeb ada menawarkan kelas atau training untuk membina website dalam masa 2 hari. Anda boleh menghubungi kami di sini untuk maklumat lebih lanjut.
Di sini kami senaraikan 3 sebab kenapa anda perlu mengupah web designer atau developer untuk menghasilkan website anda.
1. Dapatkan wow faktor pada design website anda
Web designer mempunyai satu skill khas di dalam membina website. Skill itu termasuklah daripada awal dalam menentukan warna, font tulisan dan juga pattern yang hendak digunakan. Jika ianya diperinci maka akan terhasilnya website yang wow. Kebanyakan mereka ini akan menilai benda ini semasa ingin membina satu-satu website tersebut.
2. Web designer lebih mengetahui tentang keperluan website anda
Semestinya anda sudah mempunyai contoh website yang anda berkenan sebelum ini. Jadi anda semestinya akan mengikut design website tersebut untuk dijadikan pada website anda. Walhal design itu tidak semestinya sesuai untuk niche bisnes anda.
Pilihan warna dan juga jenis tulisan juga memainkan peranan penting dalam pembinaan website. Jika anda menggunakan tulisan yang “fancy” untuk website jenis korporat maka ianya adalah tidak sesuai.
3. Untuk mendapatkan hasil yang optimum
Jika anda yang tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan di dalam pengatucaraan atau pun web design, semestinya website yang anda hasilkan tidak akan menjadi seoptimum yang mungkin. Optimum dari segi design, SEO, UI/UX dan lain-lain. Jadi, ianya tidak semudah seperti yang anda jangkakan.
Kesimpulannya, anda boleh hasilkan website sendiri tanpa bantuan daripada web designer, tetapi hasil pada akhir proses itu mungkin akan berbeza. Jadi, adakah anda perlu untuk mengupah web designer atau pun tidak?