Kebanyakan web designer mencari ilham website design daripada website seperti Dribbble, Behance untuk mendapatkan idea bagi website mereka. Ada juga yang mendapatkan idea daripada competitor mereka dan sebagainya.

website design behance
Behance.net

Ianya tidak menjadi masalah bagi seseorang web designer untuk mencari idea, namun harus diingatkan supaya tidak menciduk design 100% sama dengan reference anda. Cuba untuk keluar daripada kotak, cuba untuk imaginasi dan juga try and error supaya ianya kelihatan lebih segar daripada reference tersebut.

1. Dribbble, Behance & Pinterest

Dribbble adalah salah satu platform popular bagi kalangan website designer untuk mencari idea atau ilham bagi mereka sesebuah website. Sangat banyak design yang dimuatnaik di dalam website seperti ini.

Anda juga boleh set keyword untuk sesuatu carian. Contohnya, “green corporate website design” pada ruang carian. Lebih mudah untuk anda dapatkan idea jika ianya lebih spesifik dengan apa yang diinginkan.

2. Awwward, Malaysia Website Awards

Jika anda inginkan idea daripada mereka yang berpengalaman, anda boleh refer pada website ini. Website seperti ini mengumpulkan website-website terbaik daripada pemenang bulanan atau pun tahunan. Untuk pengetahuan anda, kami iaitu TukangWeb juga adalah salah satu daripada pemenang.

website design awards

Jika anda berminat untuk mendapatkan website daripada kami, boleh klik pada hubungi kami untuk mendapatkan maklumat untuk hubungi kami.

3. Website Design Daripada Competitor

Semestinya anda mempunyai beberapa competitor atau pun agensi yang anda suka. Dan ianya semestinya juga adalah benchmark kepada anda. Anda boleh melawat website mereka dan melihat daripada contoh-contoh website yang telah mereka hasilkan.

Bagi kami, tidak salah untuk mendapatkan idea dan bukannya meniru terlalu direct design website mereka. Ianya juga bagi mengoptimumkan website yang akan anda hasilkan supaya mempunyai ciri-ciri yang kebiasaan dihasilkan oleh orang lain.

Kesimpulannya, idea untuk hasilkan website ini adalah universal dan tidak terhad pada satu-satu perkara atau rujukan sahaja. Ada mereka yang boleh menghasilkan design yang menarik sendiri tanpa perlu merujuk kepada mana-mana platform.

Kongsi Artikel Ini