Website dah ada, Tapi pelawat yang mengunjungi tidak meningkat malah makin berkurang ? Seperti yang anda sudah sedia maklum fungsi utama laman web adalah untuk menyampaikan maklumat kepada pengunjung. Misalnya, laman web perusahaan dapat digunakan untuk memberikan maklumat yang jelas tentang produk atau khidmat servis yang ditawarkan. Untuk laman web korporat pula ingin memaparkan maklumat syarikat dan pencapaian syarikat yang lebih fokus kepada info korporat.
Website digunakan untuk membantu meningkatkan penjenamaan perusahaan anda . Dengan memiliki laman web, perusahaan dapat ditingkatkan kerana kemungkinan untuk ditemui oleh pelanggan lebih senang. Serta dapat membantu mendapatkan jualan melalui atas talian, Namun bagi sesetengah laman web. Terdapat beberapa sebab mengapa sebuah website mungkin tidak memiliki banyak pengunjung.
4 Sebab Kenapa Website Kurang Pelawat
Kandungan laman web yang tidak menarik atau tidak relevan
Jika kandungan pada laman web tidak menarik bagi pengunjung atau tidak relevan dengan topik yang ingin dicari oleh mereka, maka pengunjung cenderung untuk tidak akan berkunjung atau kembali lagi kepada laman web tersebut.
Kurangnya promosi atau pemasaran
Mungkin tidak cukup ramai orang yang mengetahui dan mengenali tentang laman web tersebut kerana kurangnya hebahan dalam mempromosikannya. Strategi pemasaran yang tepat dapat membantu menarik pengunjung baru ke dalam website. Antara contoh yang boleh dipraktikan ialah, melalui media sosial, iklan di internet. atau melalui iklan langsung yang menampakkan nama domain laman web itu.
Design laman web yang tidak kemas dan tidak mesra peranti (responsive)
Design yang tidak kemas dan kurang teratur dapat membuat pengunjung mengalami kesulitan untuk menyelami dan mencari informasi yang mereka inginkan di dalam laman web tersebut. Sebuah laman web yang user-friendly dapat meningkatkan kemungkinan pengunjung untuk bertahan di website dan kembali lagi di kemudian hari.
Tidak Optimumkan SEO untuk laman web
Jika website tidak dioptimumkan untuk hasil carian (SEO) pada Google, maka website tersebut mungkin tidak akan muncul pada hasil pencarian yang relevan ketika dicari oleh pengguna Google, sehingga menyebabkan pengunjung akan mengalami kesulitan untuk menemukan laman web anda.
Untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke dalam laman web anda. Penting untuk memastikan bahawa kandungan website tersebut menarik dan relevan mengikut produk dan fungsi perusahaan anda. Melakukan promosi dan pemasaran yang tepat serta memiliki design yang user-friendly dan responsive bagi semua peranti.
Anda inginkan kami bantu untuk tingkatkan kehadiran pengunjung pada website anda. Kami tawarkan servis penyelenggaraan laman web dengan harga yang berpatutan untuk anda. Hubungi kami segera untuk dapatkan tawaran tersebut.