Kami TukangWeb menawarkan kelas belajar bina website anda sendiri. Selama 2 hari tempoh pembelajaran, anda akan memiliki kemahiran untuk membina website daripada kosong. Disediakan juga e-book secara percuma untuk anda jadikan sebagai bahan rujukan dalam proses pembelajaran membina website wordpress anda sendiri. Secara ringkas, antara langkah-langkah yang perlu anda fahami dan kuasai untuk membina sebuah website yang berkualiti dan berfungsi dengan baik.

1. Pilih Platform Website yang Sesuai

Ada beberapa platform untuk membina website yang tersedia di pasaran. Antaranya seperti WordPress, Wix, Squarespace dan lain-lain. Anda boleh memilih mengikut kesesuain dan kemahiran yang anda miliki untuk membina website anda pada platform tersebut. Kenapa kami memilih WordPress ? Kerana WordPress digunakan oleh jutaan pengguna atas talian di seluruh dunia untuk menulis blog, website korporat, dan laman e-dagang. Ia sangat popular disebabkan kemudahan yang ditawarkan dan sentiasa dikemaskini.

2. Pilih Nama Domain dan Web Hosting yang Terbaik

Nama domain adalah alamat website anda yang unik dan membawa penjenamaan untuk syarikat ataupun barang jualan anda. Pastikan untuk memilih nama domain yang mudah diingati dan tidak terlalu panjang. Domain dan Hosting boleh didapati melalui provider sama ada daripada dalam negara mahupun luar negara. Hosting juga perlu dipilih mengikut speksifikasi yang bersesuain mengikut fungsi website anda.

3. Pemilihan Design yang Seragam dan Menarik

Ini termasuk memilih template atau mencipta design anda sendiri untuk penampilan website anda. Focus dan tetapkan perhatian kepada reka bentuk website, warna, fon dan imej untuk mencipta rupa yang menarik.

4. Kandungan yang Membantu dan Bermanfaat

Isi website anda dengan kandungan yang informatif dan menarik, termasuk halaman tentang kami, hubungi kami, dan blog. Kandungan yang tepat membantu pengguna untuk lebih memahami dan mendalami fungsi produk itu sendiri tanpa memerlukan penerangan sebelum membuat pembelian. Sama juga seperti kandungan pada website korporat, ia membuatkan pengguna lebih mengetahui maklumat syarikat secara terus melalui atas talian sahaja.

Itu adalah antara beberapa langkah asas untuk membuat website menggunakan WordPress. Jika ada mempunyai minat untuk terus belajar dan meneroka cara membuat laman web yang lebih baik dan berkesan, kami disini boleh membantu anda.

Ingin kan website landing page dengan tawaran harga yang tidak masuk akal !! Bermula dengan harga RM497 sahaja, klik di sini untuk ketahui lebih lanjut berkenaan pakej website murah yang kami tawarkan untuk anda.

Kongsi Artikel Ini