Search Engine Optimization (SEO) ialah antara satu teknik dan strategi yang digunakan untuk meningkatkan kedudukan laman web di dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo. Matlamat utama SEO adalah untuk meningkatkan pelawat agar melihat dan mengunjungi laman web anda mengikut kata kunci yang mereka cari di mesin carian.
SEO perlu dioptimumkan pada website anda, dengan menyemak beberapa faktor pada halaman. Seperti tittle,meta description, isi kandungan dan struktur URL. Faktor luar halaman seperti pautan balik dan media sosial yang berkaitan dengan topik atau niche website anda.
Teknik dan strategi Search Engine Optimization (SEO) yang baik boleh membantu menduduki kedudukan yang lebih tinggi dalam hasil carian organik, dengan itu meningkatkan keseluruhan trafik dan keterlihatan website anda.
Antara Strategi SEO yang dapat membantu meningkatkan website Anda :
- Penyelidikan Kata Kunci (Keywords Research)
Kenal pasti kata kunci yang paling relevan yang akan dicari oleh pengunjung sasaran anda. Gunakan tools kata kunci seperti Google Keyword Planner atau Ahrefs. Untuk mencari kata kunci yang bersesuai untuk digunakan dalam kandungan laman web anda. - On-Page Optimization
Pastikan halaman laman web anda memenuhi piawaian SEO. Seperti tittle, meta description, tag header dan URL yang dioptimumkan mengikut kata kunci yang digunakan. Gunakan kata kunci yang berkaitan secara semula jadi dalam kandungan anda dan pastikan anda memasukkan imej dengan penerangan yang berkaitan. - Kandungan Berkualiti (Content)
Terbitkan Content yang berkualiti serta berkaitan dengan topik laman web anda. Pastikan kandungannya unik dan mampu memberi faedah kepada pembaca. Kandungan yang menarik dan berguna akan membantu menarik perhatian pelawat dan meningkatkan fungsi laman web anda di mata enjin carian. - Link Building
Dapatkan pautan balik (backlink) yang berkualiti daripada laman web lain yang berkaitan dengan topik yang anda bawakan. Cari laman web yang berpengaruh dan mempunyai kedudukan tinggi serta relevan dengan topik anda untuk membina pautan yang berkesan. - Mobile Friendly Website
Pastikan laman web anda dioptimumkan pada bahagian paparan mobile untuk pengalaman pengguna yang lebih baik. Enjin carian seperti Google sangat memberi perhatian kepada kelajuan dan responsif website. - Analisis dan Penambahbaikan
Gunakan Google Analytics dan Google Search Console untuk melihat prestasi dan mengetahui halaman yang kurang berfungsi dengan baik dari aspek SEO. Selesaikan masalah tersebut dan dapatkan prestasi website yang terbaik.
Search Engine Optimization (SEO) membantu website anda didapati dengan lebih mudah oleh pelanggan ataupun pelawat melalui enjin carian. Hal ini, boleh membantu meningkatkan keterlihatan laman web anda dan mengembangkan perniagaan anda. Ingin dapatkan khidmat kami untuk tingkatkan website anda di hasil enjin carian dengan teknik SEO yang terbaik ?. Boleh hubungi kami untuk dapatkan sebut harga yang berpatutan !