Setiap website yang anda kunjungi, semestinya website tersebut mempunyai maklumat yang lengkap berkenaan produk yang dijual dari pelbagai aspek. Seperti dari segi deskripsi, video, testimoni, gambar produk dan yang paling menariknya, semua info ini diletakkan di dalam 1 page sahaja. Itulah yang dinamakan landing page, difokuskan untuk jualan produk dan dapatkan sales.

Mempunyai reka bentuk yang menarik ialah satu bonus dalam membina landing page. Persoalannya, adakah website tersebut berjaya untuk melakukan convertion sales ? Di sini kami menjelaskan struktur yang penting dan mudah untuk website jualan anda

Apa Itu Landing Page?

landing page  ataupun nama lain ialah salespage, yang mana ianya bertujuan untuk jualan terus produk ataupun servis yang anda ingin tawarkan kepada pelanggan dan dapat membuat pembayaran terus melalui website tersebut.

Untuk pastikan salespage anda mampu menarik perhatian pelanggan dan mendapatkan sales, anda perlu lah memahami flow salespage terlebih dahulu, ia terbahagi kepada 2, iaitu secara sama ada Direct Sales atau Story Driven.

Konsep AIDA

Kebanyakan pemilik bisnes akan menggunakan flow AIDA dalam proses untuk membina struktur salespages yang berkualiti.

A – Attention

Headline
Headline yang jelas dan boleh menarik perhatian prospek. Cara yang terbaik adalah dengan menggunakan 2 kaedah headline.
Seperti contoh, Jualan Naik Mendadak Dengan Teknik Rahsia Ini ! (Headline Hook) ataupun 4 Langkah Berkesan Untuk Tingkatkan Jualan Anda (Headline Solution)

Tapi perhatikan kepada jenis ayat yang digunakan; Jualan ataupun Conversion Rate. Di mana perkataan Jualan lebih mudah difahami untuk yang baru masuk dalam bidang ini. Perkataan Conversion rate lebih dekat dengan pengguna yang sudah ada asas yang baik dalam E-commerce. 

Jadi disini, Anda kena pastikan jenis pelanggan anda, sama ada pelanggan anda adalah dari kosong ataupun sudah ada pengetahuan yang jelas terhadap produk anda.

I– Interest

Tujuan pada bahagian Interest adalah untuk memupuk minat dari prospek untuk membeli produk yang anda ingin tawarkan.

Di sini anda boleh menggunakan 2 kaedah iaitu Flow Direct Selling atau Flow Story Driven :

Flow Direct Selling : digunakan untuk produk straight forward dan mudah difahami, seperti contoh produk makanan, minuman, pakaian dan permainan.

Flow Story Driven : sesuai untuk produk yang berkaitan teknikal dan memerlukan anda untuk menjelaskan kepada pelanggan. Antara contoh produk adalah software, servis teknikal, produk skincare dan juga kecantikan.

D – Desire

Pada fasa ini tujuannya adalah untuk menimbulkan keinginan prospek untuk mendapatkan produk ataupun servis anda. Cara yang paling terbaik adalah dengan menunjukkan result atau testimoni pelanggan sedia ada. 

Berikan testimonial yang betul dan bukan dibuat-buat. Jika tiada testimoni, minta dari pelanggan yang sedia ada dan letakkan minimum 3 testimonial yang paling hebat dari pelanggan sedia ada. Selain testimoni, anda boleh gunakan Results untuk menambahkan keinginan serta keyakinan prospek untuk mendapatkan produk anda.

A – Action

Fasa terakhir adalah Call-to-Action (CTA). Dimana untuk anda bawakan prospek ke fasa yang seterusnya dan yang terakhir sebelum mendapatkan sales. Contoh seperti, Express Checkout (terus buat pembayaran), Product/Category Page (jika ada variasi produk), Register Forms (Borang Pendaftaran) untuk dapatkan leads, dan WhatsApp button untuk dihubungi secara terus

Untuk perbincangan yang lebih jelas dan lebih pratikal, Anda boleh hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar. Belajar Bina Website Dalam Masa 2 Hari !! untuk tingkatkan hasil sales bisnes anda, Hubungi Kami Segera, TukangWeb.


Kongsi Artikel Ini