Secara umum, Kita sudah mengenali dan sudah mengenali jenis website seperti website Korporat dan juga E-commerce . Kerana dua jenis website tersebut sudah biasa digunakan oleh syarikat ataupun mana-mana perniagaan yang menjadikan platform digital sebagai salah satu cabang dalam mengembangkan perniagaan mereka. Namun hendaklah diketahui,bahawa ada banyak lagi jenis-jenis website yang anda perlu kenali dan fahami setiap fungsi website tersebut. Pada artikel kali ini. TukangWeb akan menjelaskan 15 Jenis Website berserta contoh website untuk memudahkan anda memahami penerangan kali ini.
7 Jenis Website & Contoh Website
1. Website Korporat
website korporat adalah untuk mempromosikan perusahaan, perkhidamatan, dan produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat perusahaan. Laman web ini biasanya menyediakan maklumat lengkap tentang syarikat, termasuk sejarah, visi, misi, nilai, dan struktur organisasi mereka.
2. Website E-Commerce
Website e-commerce digunakan untuk menjual produk atau layanan secara online. Antara contohnya seperti Shopee, Lazada, Amazon, eBay, dan Tokopedia. Ia lebih fokus kepada jualan dan dianggap sebagai kedai online oleh perusahaan.
3. Website Berita
Menyediakan berita terbaru dan informasi terkini dalam berbagai bidang seperti politik, ekonomi, olahraga, dan hiburan. Website berita memberikan maklumat kepada pengguna mereka seperti jenama besar CNN, BBC, dan The New York Times adalah beberapa contoh untuk antarabangsa. Bagi Malaysia pula seperti website Sinar Harian dan Harian Metro.
4. Website Sosial Media
Laman web media sosial membenarkan pengguna untuk berinteraksi, berkongsi kandungan (content) dan berhubung dengan orang lain secara dalam talian. Contoh website sosial media yang terkenal ialah Facebook, Twitter, dan Instagram.
5. Website Arkib (Archieve)
Arkib (Archieve) site ialah sebuah website yang dibuat untuk mengumpulkan dan menyimpan bahan elektronik seperti maklumat kandugan dan halaman website agar tidak hilang. Antara contoh laman web tersebut ialah archieve.org.
6. Website Perkongsian Media (Media Sharing)
Website yang khusus disediakan untuk pengguna mengupload kandungan media seperti gambar, muzik dan video agar dapat dilihat atau di download oleh pengunjung laman web. Contoh website adalah seperti Youtube, Flickr dan Shutterstock.
7. Website Blog
Blog ialah website seperti jurnal atau diari secara online. Kerap digunakan oleh blogger untuk menyampaikan perkongsian. Kebiasaanya kandungan blog ialah melalui tulisan,gambar, video dan lainnya. Blog juga dianggap sebagai salah satu sosial media kerana blogger biasanya saling berinteraksi melalui blog.