Jika anda pernah mendengar tentang UI dan UX design, anda mungkin tertanya-tanya apakah perbezaan antara mereka. Walaupun bunyinya serupa dan seakan sama, mereka tidak sama. Kedua-dua pereka UI dan UX bertanggungjawab untuk mereka bentuk produk digital, tetapi mereka mempunyai fokus dan tanggungjawab yang berbeza.
UI – User Interface
UI (User Interface) Designer merujuk kepada reka bentuk elemen visual dan interaktif yang pengguna lihat dan gunakan dalam laman web. Ia memfokuskan pada aspek kekemasan dan kecantikan, seperti pemilihan warna, jenis fon, ikon dan reka bentuk . Objektif utama pereka UI adalah untuk menciptakan paparan muka yang menarik, responsif dan mudah digunakan. UI Design yang baik sentiasa memastikan setiap elemen menyampaikan maklumat dengan jelas dan senang difahami, memudahkan navigasi dan memenuhi matlamat pengguna.
Pereka UI mesti mempunyai pemahaman yang baik tentang perisian reka bentuk seperti Adobe Illustrator dan Photoshop, serta pemahaman yang luas tentang prinsip reka bentuk website. Secara keseluruhan. Pereka UI memainkan peranan penting dalam menciptakan produk digital yang kelihatan menarik dan memberikan keterlihatan yang positif terhadap produk digitalnya.
UX – User Experience
UX (User Experience) Designer, merujuk kepada reka bentuk keseluruhan pengalaman pengguna dalam menggunakan sesuatu website. Ia melibatkan aspek interaksi dan tindakan pengguna apabila menggunakan sebuah produk digital. Pereka UX melibatkan proses memerhati, menganalisis dan memahami pengguna serta keperluan mereka didalam sesuatu proses. Objektif utama pereka UX adalah untuk mencipta pengalaman yang memuaskan, berguna dan relevan untuk pengguna. Ini melibatkan pemahaman aliran kerja pengguna, menyediakan maklumat, mengurus interaksi dan menguji serta menambah baik laman web berdasarkan maklum balas pengguna.
Pereka UX juga mesti mempunyai kemahiran komunikasi dan kerjasama yang sangat baik kerana mereka bekerja rapat dengan pereka, pembangun laman web. Mereka perlu menyatakan keputusan reka bentuk untuk memastikan projek itu sejajar dengan matlamat untuk pengguna. Secara keseluruhan, pereka UX memainkan peranan penting dalam mencipta produk digital yang mesra pengguna, efektif dan memenuhi keperluan pengguna.
Secara ringkasnya, perbezaan antara UI dan UX design adalah seperti berikut :
- UI Design
Membentuk elemen visual dan interaktif dalam produk. Memfokuskan aspek estetik (komestik) dan susun atur yang menarik dan mesra pengguna. - UX Design
Membentuk keseluruhan pengalaman pengguna (user experience). Fokus pada pemahaman pengguna, aliran konteks, interaksi dan penyesuaian produk untuk memenuhi keperluan dan objektif pengguna.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk difahami bahawa pereka bentuk UI & UX saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Reka bentuk UI yang baik membantu meningkatkan pengalaman pengguna, dan reka bentuk UX yang tidak dapat dilupakan memerlukan elemen UI yang baik untuk disampaikan kepada pengguna dengan berkesan dan berkualiti.
Ingin kan sebuah website yang menarik dari bentuk UI dan jelas untuk UX kepada prospek pelanggan anda ? Kami TukangWeb mempunyai kepakaran untuk membina website yang berkualiti untuk anda. Hubungi kami segera untuk dapatkan tawaran harga yang terbaik !!