Penat Balas WhatsApp 24 Jam? Automasikan Dengan Chatbot Tempahan Homestay

Sebagai pengusaha homestay, adakah anda berdepan dengan situasi ini?

Masalah Yang Selalu Pengusaha Homestay Alami

  • Pelanggan WhatsApp pukul 2 pagi tanya “Homestay kosong tak tarikh ni?” tapi anda dah tidur.

  • Terpaksa tanya soalan yang sama berulang kali (Nama, Email, Berapa Pax?).

  • Penat kena hantar nombor akaun manual dan tunggu pelanggan hantar resit (yang kadang-kadang palsu).

  • Proses double-booking berlaku sebab anda terlepas pandang jadual.

Setiap minit anda lambat balas WhatsApp, bakal pelanggan akan cari homestay lain. Anda bukan sahaja kehilangan jualan, tapi anda kehilangan Masa Berkualiti bersama keluarga. Hidup anda terikat pada skrin telefon semata-mata untuk urusan admin yang remeh. Sampai bila?

Chatbot Tempahan Homestay

Kini, anda boleh memiliki Pembantu Pintar AI yang bekerja 24/7 untuk anda. Saya memperkenalkan Sistem Automation Homestay.

Ini bukan sekadar chatbot biasa. Ini adalah AI Booking Agent yang dibina khas menggunakan teknologi n8n dan AI terkini untuk:

  1. Menjawab Salam & Pertanyaan: AI akan menjawab mengikut gaya bahasa manusia.

  2. Semak Kekosongan: Integrasi kalendar (Google Calendar) secara real-time.

  3. Kutip Data Pelanggan: Secara automatik minta nama, email, dan bilangan pax.

  4. Hantar Pautan Bayaran: Integrasi terus dengan Billplz (Pembayaran sah terus ke bank anda).

  5. Pengesahan Automatik: Selepas bayar, sistem akan sahkan tempahan tanpa anda perlu angkat tangan pun!

Bayangkan senario ini: Pelanggan WhatsApp anda pukul 3 pagi. Bot anda menjawab, mencadangkan unit yang kosong, mengira harga, dan memberikan link bayaran. Pukul 8 pagi anda bangun tidur, anda lihat notifikasi: “RM290 received from Billplz”.

  • Tiada lagi kerja admin manual.

  • Tiada lagi ralat manusia.

  • Bisnes berjalan sendiri (Autopilot).

Contoh Perbualan Dengan Chatbot Homestay

chatbot tempahan homestay

chatbot tempahan homestay

chatbot tempahan homestay

chatbot tempahan homestay

screenshot chatbot

screenshot chatbot

Notifikasi Tempahan Baru itu adalah mesej yang akan diterima oleh owner Homestay selepas customer membuat pembayaran.

screenshot chatbot

Di Google Calendar owner homestay akan dislotkan booking tersebut.

tempahan di google calendar

Semuanya diuruskan oleh chatbot tersebut. Daripada info tentang homestay, semak tarikh di kalendar, buatkan link pembayaran, berikan notifikasi tempahan kepada owner homestay. Apa yang anda perlu buat? Hanya tunggu tempahan masuk. Senang atau tak?

Jangan biarkan pesaing anda mendahului dengan teknologi yang lebih pantas. Mudahkan urusan pelanggan anda, dan mudahkan hidup anda sendiri.

Keperluan Untuk Dapatkan Sistem Chatbot Tempahan Homestay

  1. Nombor WhatsApp
  2. Account Google di Phone (Google Calendar untuk book tarikh tempahan)
  3. Account Billplz (Account payment gateway untuk customer buat pembayaran)

Rasanya almost semua orang ada nombor WhatsApp dan juga account Google di phone mereka.

Untuk setup Billplz pihak kami boleh tolong uruskan untuk anda. Jangan risau, ianya amat mudah.

Dapatkan Sistem Automation Chatbot Tempahan Homestay anda sekarang! Saya di TukangWeb sedia membantu anda memasang sistem ini terus ke WhatsApp bisnes anda.

👉 [Klik Di Sini Untuk Demo Live WhatsApp]

👉 [Hubungi Saya di TukangWeb.my untuk Konsultasi Percuma]

Kongsi Artikel Ini