Kepentingan Email Korporat

kepentingan email korporat

Maksud Email Korporat

Tahukah anda apa itu email korporat atau istilah custom email? Email korporat ini digunakan oleh sesebuah syarikat dengan menggunakan nama domain mereka sendiri contohnya; [email protected]. Bagi sesetengah syarikat, mereka masih lagi menggunakan servis email percuma seperti Google, Hotmail dan sebagainya.

Bagi mereka yang celik IT, apabila seseorang itu berurusan dengan sesebuah syarikat melalui email, ianya dianggap professional apabila email yang digunakan adalah email korporat mereka sendiri. Lebih-lebih lagi sekarang ramai scammer yang berleluasa. Jadi transaksi email tersebut diragui kerana menggunakan email percuma.

Di sini kami kongsikan sebab dan kepentingan kenapa anda perlu menggunakan email dengan domain nama syarikat atau bisnes anda sendiri.

custom email korporat

Supaya Lebih Dipercayai

Sebenarnya isu keselamatan ini penting bagi sesebuah perniagaan. Bayangkan anda mempunyai laman web anda sendiri dan anda juga menggunakan nama laman web anda sendiri untuk kegunaan email. Ianya akan lebih dipercayai kerana apabila pengguna melayari laman web anda, contohnya tukangweb.my dan menghantar email kepada mereka. Selepas itu anda mendapat respon email daripada [email protected], jadi semestinya anda akan percaya email tersebut daripada syarikat tersebut.

Email Korporat Lebih Professional

Semestinya ianya adalah berbeza apabila anda menggunakan servis email percuma dan juga custom email service ini. Tambahan pula jika syarikat/bisnes anda adalah sebuah perniagaan yang dikenali ramai. Dengan adanya email korporat ini akan menampakkan tahap professional dan keseriusan anda dalam perniagaan tersebut.

Saiz Storan Yang Lebih Besar

Selain daripada sebab-sebab di atas, perbezaan adalah email korporat ini mempunyai saiz storan yang lebih besar dan pelbagai lagi features lain yang ditawarkan. Ada yang menawarkan backup supaya data anda tidak hilang. Jadi anda boleh menyimpan email dengan saiz storan yang lebih besar.

Cipta Lebih Banyak Email Menggunakan Domain Yang Sama

Anda boleh cipta atau create pelbagai nama untuk email anda. Contoh [email protected], [email protected] atau pun anda boleh cipta menggunakan nama setiap staff seperti [email protected]. Setiap staff akan mempunyai email sendiri memudahkan anda untuk refer kepada sesiapa yang berkenaan.

Hantar Attachment Dengan Saiz Yang Lebih Besar

Jika anda menggunakan servis email percuma, sudah tentu anda akan mempunyai kekangan untuk menghantar dokumen yang bersaiz besar kepada penerima. Dengan menggunakan custom email ini, saiz attachment untuk dihantar akan bertambah saiznya.

Kesimpulan

Di atas adalah beberapa kelebihan atau kepentingan kenapa anda perlu menggunakan email korporat untuk bisnes anda. Ada banyak lagi kelebihan custom email service ini bagi terma untuk IT yang mengetahuinya.

Bagi mereka yang ingin mempunyai email korporat sendiri boleh menghubungi TukangWeb. Kami menyediakan perkhidmatan untuk setup custom email untuk syarikat/bisnes di luar sana. Boleh pilih di antara pakej yang ada di bawah sesuai dengan keperluan anda.

Beginner Package
RM1200

Ready Package
RM350 per User

Serious Package
RM600 per User